Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul I-Sc (Islamic Spiritual Counseling) ke atas Pelajar Bermasalah Tingkah Laku
International Journal of Islamic Thought
Vol. 9: (June) 2016
ISSN 2232-1314
Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul I-Sc (Islamic Spiritual
Counseling) ke atas Pelajar Bermasalah Tingkah Laku
Validity and Reliability of Islamic Spiritual Counselling Module on
Troublesome Students
MD NOOR SAPER*, NURUL AIN MOHD DAUD & NORAZANI AHMAD1
ABSTRACT
The purpose of this study is to develop a counselling module based on Islamic
perspective namely ‘Islamic Spiritual Counselling Module”’(i-SCM). This module
was based on model of Tazkiyat al-Nafs by Imam Ghazali. Validity test was
conducted based on assessments from various experts of psychology, counselling
and religious fields. Reliability test was conducted on 46 secondary school students
in one school. Results obtained showed that the overall reliability coefficient of this
module was very high; Cronbach Alpha 0.927. Feedback from the respondents on
the module was positive. This study could help expand further religion-related
counseling module to assist counsellors in dealing with adolescents’ social
problems.
Keywords: Islamic counselling, module development, psycho-spiritual counselling
Kaunseling dalam istilah Arab merujuk kepada ‘al-irsyad’ atau ‘al-istisyarah’ (al-Khuli 1988).
Bimbingan pula dikenali sebagai ‘al-tawjih’. Ia melibatkan proses yang melibatkan perhubungan
bersemuka samada secara individu atau kelompok yang dibantu oleh kaunselor dalam proses
memahami dan membantu menyelesaikan permasalahan. Formula kepada kaunseling Islam
adalah bersandarkan kepada wahyu Allah daripada al-Quran dan al-Hadith untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Rasulullah (s.a.w.) sendiri merupakan contoh Rasul yang
mengamalkan konsep kaunseling Islam. Baginda banyak memberi tunjuk ajar dan proses
kepada sahabat-sahabat baginda berlandaskan kepada konsep kaunseling Islam.
Aspek spiritual daripada perspektif Islam bukan sekadar satu sistem kepercayaan
kepada Tuhan tetapi ia dikenali sebagai ‘al-din’ iaitu merangkumi satu sistem kehidupan yang
menyeluruh yang mempunyai peraturan dan syariat (Ramli 1997; Haron Din 2007). Asas
pendekatan dalam agama ialah kerendahan diri yang mana kaunseling tidak menuntut untuk
mengarah klien tetapi memerlukan kedua-dua belah pihak mempunyai kepercayaan dalam
aspek spiritual manusia dan perhubungan mereka. Konsep spiritualiti bukanlah hanya
berkaitan dengan perhubungan interpersonal atau hanya mengiktiraf klien sebagai manusia
tetapi menghubungkaitkan antara diri manusia itu dengan Pencipta iaitu Allah. Setiap individu
merupakan ciptaan yang sempurna yang mempunyai keupayaan yang unik. Kaunselor
mempunyai keupayaan meneroka dalam diri klien (makna, imaginasi, memori, pemikiran dan
1 Md Noor Saper*(Corresponding author), Ph.D., senior lecturer at Dept. of Psycology and Counseling,
Faculty of Education and Human Development, Sultan Idris University of Education, 35900 TANJUNG
MALIM, Perak, Malaysia, email: ; Nurul Ain Mohd Daud, Ph.D., senior
lecturer at Dept. of Psycology and Counseling, Faculty of Education and Human Development, Sultan Idris
University of Education, 35900 TANJUNG MALIM, Perak, Malaysia, email: ;
Norazani Ahmad, M.A., lecturer at Dept. of Psycology and Counseling, Faculty of Education and Human
Development, Sultan Idris University of Education, 35900 TANJUNG MALIM, Perak, Malaysia, email:
.
https://doi.org/10.24035/ijit.9.2016.004
32
Received: 12 April 2016
Accepted: 20 May 2016
e-ISSN 2289-6023
Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul I-Sc (Islamic Spiritual Counseling)
Md Noor Saper et al.
perasaan) yang membolehkan perhubungan kaunselor dan klien diikat dengan rahmat dari
Allah. Perhubungan tersebut menjurus kepada tujuan sebenar kehidupan iaitu untuk beribadah
kepada Allah. Justeru, untuk mencapai tujuan tersebut memerlukan kepada keperluan untuk
menghubungkan diri klien dengan Pencipta dan serta memenuhi fungsi klien untuk kehidupan
yang lebih bermakna.
Sarjana barat telah mula mengalih pandangan kepada bimbingan dan kaunseling yang
mencerap unsur-unsur spiritual dan agama. Terdapat banyak artikel yang ditulis mengaitkan
isu agama dan kerohanian dalam kesihatan mental seperti kaunseling dan psikoterapi
diterbitkan dalam jurnal-jurnal utama dalam bidang ini (Burke et al. 1999), di samping
pembentangan di konvensyen dan seminar kesihatan mental (Sapora 2009). Ramai pengkaji
telah membincangkan kerelevanan isu spiritual dalam kaunseling dan psikoterapi (Allen et al.
2004; Graham et al. 2001).
Pengiktirafan terhadap keperluan agama dalam proses membantu tidak boleh dinafikan.
Justeru itu tidak hairanlah jika pendekatan agama dan spiritual semakin berkembang di barat.
Menurut Sapora (2009), aspek agama dan kerohanian menjadi semakin penting apabila
beberapa organisasi profesional seperti American Psychological Association (APA) dan
American Counseling Association telah mengiktiraf dan mengakui bahawa agama adalah satu
elemen yang perlu dihormati. APA meletakkan religiositi pada division ke-36 sebagai salah satu
bahagian daripada beberapa bahagian psikologi yang diiktiraf. Menurut APA, elemen agama
merupakan antara faktor yang membantu kefungsian kehidupan manusia (American
Psychological Association 2011).
Namun demikian, kajian dan penyelidikan dalam ruang lingkup penggunaan modul
bimbingan dan kaunseling elemen spiritual dan keagamaan termasuklah berperspektif Islam
tidak banyak dilakukan di dalam negara dan juga di luar negara. Keadaan ini menunjukkan
kesedaran tentang pendekatan berperspektif agama masih belum memberangsangkan di
samping belum bersedia untuk membuat kajian dengan perkara ini. Paling hampir dengan
kajian berkenaan ialah kaunseling pelbagai budaya yang membicarakan persoalan keagamaan
dan kerohanian. Ini tidak bermakna tidak ada ahli psikologi dan kaunseling yang membicarakan
pendekatan bimbingan dan kaunseling dari perspektif agama (Wan Abd Kader & Ismail 2006).
Usaha untuk memantapkan satu perspektif baru terhadap pendekatan psikologi dan
kaunseling berlandaskan Islam merupakan satu keperluan dan perlu ditingkatkan. Umumnya ia
sudah mula menampakkan usaha dalam kalangan ahli psikologi dan kaunseling Islam sama ada
dari dunia Islam atau Malaysia mengorak langkah untuk mencapai matlamat ini (Wan Abd
Kader & Ismail 2006). Namun demikian, pendekatan aspek keagamaan masih terdapat
kekurangan terutama dari sudut kerangka teoretikal yang mantap serta dapat dijadikan sebagai
pedoman kepada kaunselor untuk menjelaskan dan meramal tingkah laku, seterusnya
memperbaiki atau merubah tingkah laku yang tidak berkesan (Wan Abd Kader & Ismail 2006;
Sapora 2007).
Pembinaan modul keagamaan merupakan satu keperluan yang boleh membantu
kaunselor dalam perkhidmatan mereka. Namun demikian, modul bimbingan yang mendasari
elemen keagamaan untuk perkembangan diri pelajar belum dibina dan digunakan secara
meluas di sekolah. Pembinaan dan penggunaan modul keagamaan diperlukan kerana ia dapat
membantu memperkembangkan potensi diri pelajar meliputi aspek kerohanian, jasmani, emosi,
intelek, (...truncated)