Sikap Terhadap Keselamatan Siber: Kajian Terhadap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication, Apr 2024

Perubahan dunia yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi telah menimbulkan kekhuatiran terhadap seluruh negara khususnya aspek keselamatan siber. Malahan ia telah membuka ruang kepada penjenayah siber untuk melancarkan pelbagai ancaman dan serangan. Adapun sasaran yang semakin mendapat perhatian dikalangan penjenayah siber adalah para pelajar di institusi pengajian tinggi disebabkan tempat tersebut merupakan pengguna siber yang tertinggi dan pengaksesan internet secara terbuka. Sikap pelajar merupakan salah satu teras utama dalam konteks keselamatan siber. Dengan meningkatkan kewaspadaan terhadap perlindungan peranti dan maklumat peribadi, ia mampu mengurangi risiko pelajar dalam alam siber. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti sikap pelajar dalam perlindungan peranti dan maklumat peribadi sewaktu menggunakan internet. Kajian berbentuk kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 580 orang pelajar institusi pengajian tinggi dan analisis deskriptif telah digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati sikap pelajar terhadap perlindungan peranti dan maklumat peribadi berada di tahap sederhana (min = 2.92). Tambahan lagi, para pelajar didapati mengamalkan sikap yang kurang memuaskan dalam aspek keselamatan siber seperti tidak mengubah tetapan menjadi tertutup, menekan pautan dan memuat turun dokumen dari sumber yang tidak dikenali.

Article PDF cannot be displayed. You can download it here:

https://journal.uinsi.ac.id/index.php/DiJITAC/article/download/8284/2754

Sikap Terhadap Keselamatan Siber: Kajian Terhadap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

SIKAP TERHADAP KESELAMATAN SIBER: KAJIAN TERHADAP PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Muhammad Haziq Bin Haji Shahjahan Nurefnazahani Binti Haji Durani Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam Abstrak Perubahan dunia yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi telah menimbulkan kekhuatiran terhadap seluruh negara khususnya aspek keselamatan siber. Malahan ia telah membuka ruang kepada penjenayah siber untuk melancarkan pelbagai ancaman dan serangan. Adapun sasaran yang semakin mendapat perhatian dikalangan penjenayah siber adalah para pelajar di institusi pengajian tinggi disebabkan tempat tersebut merupakan pengguna siber yang tertinggi dan pengaksesan internet secara terbuka. Sikap pelajar merupakan salah satu teras utama dalam konteks keselamatan siber. Dengan meningkatkan kewaspadaan terhadap perlindungan peranti dan maklumat peribadi, ia mampu mengurangi risiko pelajar dalam alam siber. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti sikap pelajar dalam perlindungan peranti dan maklumat peribadi sewaktu menggunakan internet. Kajian berbentuk kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 580 orang pelajar institusi pengajian tinggi dan analisis deskriptif telah digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati sikap pelajar terhadap perlindungan peranti dan maklumat peribadi berada di tahap sederhana (min = 2.92). Tambahan lagi, para pelajar didapati mengamalkan sikap yang kurang memuaskan dalam aspek keselamatan siber seperti tidak mengubah tetapan menjadi tertutup, menekan pautan dan memuat turun dokumen dari sumber yang tidak dikenali. Kata Kunci: Sikap, Pelajar, Keselamatan Siber Abstract The ever-expanding changes in the world with the advancement of technology have caused concern to the whole world, especially in the aspect of cybersecurity. In fact, it has opened space for cybercriminals to launch various threats and attacks. The students of higher education institutions have gained attention and became the target of cybercriminals because they are among the highest cyber users, and they can access the internet without restrictions. Students’ attitudes are the main core in the context of cybersecurity. By increasing awareness of protecting the students’ personal information, the students can reduce the risk of exposing their personal information on the cyberspace. Therefore, this study aims to examine the students’ attitudes in protecting their devices and personal information while using the internet. A quantitative approach using a descriptive analysis was conducted to 580 students at the higher education institutions to answer the objectives of the study. The results of the study found that the students’ attitudes towards protecting their devices and personal information was at a moderate level (min = 2.92). Furthermore, the students were found to practice unsatisfactory attitudes in cyber security aspects such as not changing the privacy settings to private, clicking on links and downloading documents from unknown sources. Keywords: Attitudes, Students, Cyber Security DiJITAC, Vol 4(2), 2024 1 PENDAHULUAN Isu serangan siber pada masa kini menjadi salah satu isu yang mendapat perhatian dikalangan sektor kerajaan, sektor swasta mahupun para akademik. Ini kerana pelbagai bentuk serangan siber telah direkodkan seperti penggodaman, pencurian, pembulian dan seumpamanya. Walhal serangan pancingan data merupakan serangan tertinggi yang direkodkan pada tahun 2022 dengan aduan sebanyak 300, 469 (Federal Bureau of Investigation, 2022). Serangan tersebut tidak hanya tertumpu kepada golongan orang tua, bahkan kanak-kanak, pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti. Malahan pelajar universiti merupakan sasaran utama bagi penggodam untuk melancarkan berbagai-bagai bentuk serangan siber pada abad ke-21 ini disebabkan universiti penuh dengan penyimpanan maklumat-maklumat peribadi (Richardson, M. et. al., 2020). Maka artikel ini memfokuskan sasaran kajian kepada para pelajar universiti. Isu serangan siber ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpunca dari kesilapan pelajar sendiri (Alharbi, T. dan Tassaddiq, A., 2021). Sungguhpun pelbagai program dan intervensi telah dibangunkan bagi meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap aspek keselamatan siber, tetapi sikap mereka masih kerap dibincangkan terutama sekali sewaktu menggunakan media sosial (Zwilling, M. et. al, 2020). Kes-kes seperti buli siber, penyebaran fitnah, intipan, peras ugut dan pornografi semakin lazim dilaporkan. Ini kerana pelajar tidak begitu peka akan risiko siber dan tidak mengetahui sikap yang harus diaplikasikan sewaktu melayari internet (Bada, M. dan Sasse, A., 2014). Ini dibuktikan melalui kajian Fariza Khalid et. al. (2018) bahawa sungguhpun pelajar mempunyai kesedaran terhadap aspek keselamatan siber, tetapi sikap mereka masih tidak memuaskan; kerana pelajar tidak mengamalkan tatacara perlindungan peranti dan maklumat peribadi yang disarankan serta melakukan perkara yang kurang elok seperti melayari pornografi. Selain itu, segala nasihat yang disampaikan dari pihak berkepentingan adalah bertujuan untuk menjaga peranti dan maklumat peribadi pelajar dari diserang dan disalahgunakan. Ianya tidak lain hanya untuk kemashlahatan pelajar sendiri. Dengan erti kata lain menyelamatkan diri dari kemusnahan. Hal ini bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 195: … ‫… َوَﻻ ﺗ ُْﻠﻘُوا ِﺑﺄ َْﯾِدﯾُﻛْم ِإَﻟﻰ اﻟﺗ ﱠْﮭﻠ َُﻛِﺔ‬ “… Dan janganlah kamu sengaja menjerumuskan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan …” Latar Belakang Kajian Media sosial mula hangat digunapakai pada sekitar tahun 2008 setelah kewujudan Friendster, Facebook, MySpace, YouTube dan sebagainya. Perkembangan media sosial dari tahun 2008 sehingga tahun 2020 ini telah banyak membantu urusan harian. Kehebatan media sosial yang mampu menghubungkan sesama orang pada jarak yang jauh telah menarik hati pada setiap pengguna. Selain daripada itu, media sosial juga memberikan suatu maklumat dan khabar berita dalam jangka masa yang amat cepat. Menurut laporan digital We Are Social tahun 2020, seramai 3.80 bilion di dunia ini merupakan pengguna aktif media sosial. Manakala lima jenis media sosial yang menduduki di tangga teratas adalah Facebook, YouTube, WhatsApp, Facebook Messenger dan WeChat. Di Negara Brunei Darussalam pula, pengguna aktif media sosial adalah terdiri dari kalangan pelajar berumur 18 – 29 tahun (BruCERT, 2021). Tidak dinafikan bahawa pada setiap jenis media sosial ini mempunyai fungsi dan kelebihannya yang tersendiri serta menarik minat kepada para pelajar, tetapi tujuan utamanya hanyalah untuk berkomunikasi sesama pengguna media sosial. Akan tetapi, sejauh manakah para pelajar mengurus tahap kawalan yang terkandung di dalam akaun mereka agar terlindung dari ancaman dan serangan siber? Adakah para pelajar memikirkan risiko sebelum mereka berkongsi maklumat di dalam akaun mereka? Aspek keselamatan siber ini perlu ditekankan (...truncated)


This is a preview of a remote PDF: https://journal.uinsi.ac.id/index.php/DiJITAC/article/download/8284/2754
Article home page: https://journal.uinsi.ac.id/index.php/DiJITAC/article/view/8284/2754

Haji Shahjahan Muhammad Haziq, Haji Durani Nurefnazahani Binti. Sikap Terhadap Keselamatan Siber: Kajian Terhadap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi, DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication, 2024, pp. 1-10,