Penilaian Guru Terhadap Pelaksanaan Model-model Tilawah al-Quran Program j-QAF
International Journal of Islamic Thought
Vol. 3: (June) 2013
Penilaian Guru terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah al-Quran
Program j-QAF
1AB. HALIM TAMURI, AHMAD MUNAWAR ISMAIL¸ AMAL HAYATI MD. NOOR &
MOHD IZZUDDIN MOHD PISOL
ABSTRACT
Teachers Evaluation on the Implementation of j-QAF Quranic
Recitation Models
This survey aimed to identify the level of implementation in the j-QAF Quranic
Recitation program (6 Months Model of Khatam al-Quran, Tasmik Model, Asuhan
Tilawah al-Quran and al-Quran Literacy Camp). This study used a quantitative
approach (questionnaire) to gather information from 240 Islamic Education and jQAF teachers from 24 primary schools in Kuala Selangor, Klang and Hulu Langat
district in Selangor. Data were analyzed descriptively using frequency, percentage
and mean. Pearson’s test was also conducted to examine the relationships between
the implementation of these models. Generally, from the data analysis, it was found
that the level of implementation in the models of Quranic Recitation j-QAF were
high. The study found that there were siginificant relationships between the
teachers’ evaluation on the four models of Quranic Recitation j-QAF.
Keywords: j-Qaf, Quranic teaching, Quranic recitation, religious education
Program j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005 merupakan salah satu usaha penting ke
arah memartabatkan al-Quran dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Salah
satu objektif utama program yang mahu dicapai dalam bidang tilawah al-Quran adalah ingin
melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bacaan al-Quran dengan baik malah khatam
al-Quran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah dengan mengenengahkan beberapa
model yang terdapat dalam program tersebut. Secara ringkasnya, program j-QAF merupakan
usaha untuk memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah melalui
penekanan penguasaan dalam bidang jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (Ghazali 2007).
Usaha ini seiring dengan matlamat Pendidikan Islam yang berusaha melahirkan Muslim
berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang
kepada tamadun bangsa dan negara.
Latar Belakang Kajian
Secara umumnya, terdapat lima model pengajaran yang diperkenalkan dalam program j-QAF
iaitu Model Kelas Pemulihan Jawi, Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Bahasa Arab
Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat (Zaidi et al. 2008). Bagi mencapai matlamat
penguasaan bacaan al-Quran, terdapat model sukatan lanjutan dan modul tilawah al-Quran
program j-QAF yang diperkenalkan iaitu Model 6 bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik,
Ab. Halim Tamuri, Ph.D., Assoc. Prof. at Dept. of Educational Leadership and Policy, Faculty of
Education Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 BANGI Selangor, Malaysia, Email:
; Ahmad Munawar Ismail, Ph.D., Senior Lecturer at the Dept. of Theology and
Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 BANGI Selangor, Malaysia,
Email: ; Amal Hayati Md Noor. M.A., Email: ; Mohd Izzuddin
Mohd Pisol B.A., Email: .
1
1
Penilaian Guru terhadap Perlaksanaan Model-model Tilawah al-Quran
Ab. Halim Tamuri et.al.
Asuhan Tilawah al-Quran, dan Kem Literasi al-Quran. Keempat-empat model ini menekankan
aspek bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Talaqqi dan Musyafahah sebagai medium
pengajaran. Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka antara guru dengan pelajar bagi mendengar. Untuk mencapai hasrat
membimbing pelajar sehingga khatam, pendekatan yang dianjurkan ialah menerusi kaedah
talaqqi dan musyafahah iaitu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi
mendengar, membetulkan kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar. Malah,
sebelum wujudnya program j-QAF, kaedah talaqqi dan musyafahah ini telah digunapakai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran kurikulum KBSR. (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2005; Kementerian Pelajaran Malaysia 2008).
Walaupun al-Quran diajar dalam sukatan asuhan Tilawah al-Quran dalam kurikulum
Pendidikan Islam sebelum diperkenalkan program j-QAF, namun ia hanya menjurus kepada
kebolehan membaca sahaja. Manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi
menyerahkannya kepada masyarakat (Kementerian Pendidikan Malaysia 2005). Bagi mencapai
matlamat ini, ia memerlukan bimbingan yang berterusan daripada beberapa orang guru yang
mengajar berdasarkan nisbah pelajar di sesebuah kelas dan sekolah. Guru j-QAF akan
membantu dan bersama-sama Guru Pendidikan Islam mengajar tilawah al-Quran dalam kelas
yang sama. Ini bermakna lebih daripada seorang guru yang mengajar tilawah al-Quran dalam
sesuatu masa berbanding pelaksanaan sebelum ini hanya guru pendidikan Islam seorang sahaja
yang akan mengajar tilawah al-Quran kepada 30 hingga 40 orang pelajar dalam sesebuah kelas.
Berdasarkan hasil kajian Mohd Aderi & Rohani (2009) yang memfokuskan tentang kelemahan
penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar walaupun mereka telah melalui
enam tahun pembelajaran di sekolah rendah. Walaupun pelajar telah khatam Al-Quran, ia bukan
satu jaminan pelajar menguasai al-Quran sebagaimana hasil kajian sebelum ini oleh Mohd Aderi
(2004) tentang celik al-Quran kalangan pelajar tingkatan satu yang menunjukkan bahawa
walaupun 63% daripada responden telah khatam al-Quran tetapi tahap bacaan keseluruhan
responden adalah pada tahap sederhana dan lemah.
Menurut Mohd Azmir dan Mohd Azrani (2009), tempoh enam bulan pertama yang
diperuntukkan untuk pelajar tahun satu menguasai bacaan buku Iqra 1 hingga 6 adalah tidak
mencukupi. Masalah ini disebabkan pada awal sesi persekolahan, semua pelajar tahun satu akan
mengikuti Program Transisi Guru Penyayang selama dua minggu dan pelbagai aktiviti sekolah
termasuk sukan tahunan dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga terpaksa mengikut sukatan
bacaan al-Quran walaupun tidak menguasai bacaan. Walaupun pelajar mengikuti kaedah Baca
Ikut Guru (BIG), namun kualiti bacaan pelajar sangat rendah masih ada yang tidak mampu
mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. Keadaan ini dibimbangi dapat menjejaskan kualiti
bacaan pelajar walaupun mereka telah khatam tetapi masih tidak mampu menguasai bacaan alQuran dengan baik. Mohd Azmir dan Mohd Azrani (2009) turut menyatakan semenjak program
j-QAF diperkenalkan, terdapat ramai ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka untuk
menghadiri kelas mengaji di luar. Situasi ini memberi kesan yang kurang baik kepada program
j-QAF. Ini adalah kerana kelas mengaji di luar sebenarnya membantu pelajar menguasai
kemahiran membaca al-Quran dengan lebih baik dan cepat. Sekiranya pelajar bergantung
sepenuhnya kepada guru-guru j-QAF, dibimbangi pelajar akan lambat menguasai dan khatam
al-Quran atau lebih teruk lagi berlaku keciciran dalam penguasaan bacaan al-Quran.
Kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) terutamanya buku Iqra’ dan al-Quran turut
men (...truncated)