Hubungan Pengetahuan, Minat dan Sikap Mengajar dengan Kesediaan Mengajar Matematik Awal Berasaskan Pendekatan STEM dalam Kalangan Guru Prasekolah
SOSMANIORA (Jurnal Ilmu Sosial dan Humaniora)
https://journal.literasisains.id/index.php/sosmaniora
DOI: 10.55123/sosmaniora.v3i2.3435
e-ISSN 2829-2340| p-ISSN 2829-2359
Vol. 3 No. 2 (Juni 2024) 142-152
Submitted: April 17, 2024 | Accepted: May 06, 2024 | Published: June 28, 2024
Hubungan Pengetahuan, Minat dan Sikap Mengajar dengan
Kesediaan Mengajar Matematik Awal Berasaskan
Pendekatan STEM dalam Kalangan
Guru Prasekolah
Mohd Ikhlas Bin Abd. Halim1, Nordin Bin Mamat2, Nor Mashitah Mohd Radzi3
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Indonesia
1
, ,
1,2,3
Abstrak
Guru agen utama memastikan penerapan pendekatan STEM dalam pendidikan Matematik Awal di
prasekolah dilaksanakan dengan baik. Kajian ini menentukan sejauh mana guru-guru prasekolah di negeri
Sabah bersedia untuk mengajar Matematik Awal berasaskan pendekatan STEM. Kajian ini juga bertujuan
untuk menentukan hubungan antara pengetahuan, minat dan sikap mengajar dengan kesediaan mengajar
dalam kalangan guru prasekolah. Kajian yang menggunakan reka bentuk kajian deskriptif dan kuantitatif
melibatkan 253 orang guru prasekolah yang dipilih mengikut teknik persampelan berstrata dari lima daerah
di negeri Sabah Malaysia iaitu Sandakan, Telupid, Ranau, Tuaran dan Penampang. Data diperolehi melalui
soal selidik telah dianalisis dengan perisian IBM SPSS versi 26.0 menggunakan Korelasi Pearson. Dapatan
menunjukkan bahawa guru-guru prasekolah mempersepsikan pengetahuan dan kesediaan mengajar di
tahap tinggi tetapi minat dan sikap mengajar di tahap sederhana. Hubungan pengetahuan, minat dan sikap
mengajar adalah positif dan signifikan dengan kesediaan mengajar. Kekuatan hubungan ini berbeza di mana
pengetahuan berkorelasi tinggi dengan kesediaan mengajar. Minat dan sikap berkorelasi lemah dengan
kesediaan mengajar Matematik Awal berasaskan pendekatan STEM. Dapatan ini mendorong usaha untuk
meningkatkan lagi minat dan sikap mengajar guru-guru prasekolah melalui intervensi seperti perlaksanaan
program perkembangan profesionalisme guru yang berterusan khususnya kepada penggunaan media
digital dan teknologi canggih serta mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif. Usaha strategik
seperti ini diharap dapat mendorong pengetahuan, minat dan sikap guru-guru prasekolah supaya bersedia
melaksanakan tanggungjawab dalam merealisasikan pendidikan STEM pengajaran Matematik Awal di
peringkat prasekolah.
Kata Kunci: Hubungan Pengetahuan, Minat dan Sikap Mengajar, Matematik Awal, STEM
Abstract
Teachers are the main agent to ensure the integration of STEM approach in Early Mathematics education
at the preschool level is successfully implemented. This study determines the extent to which the preschool
teachers are ready to teach Early Mathematics based on STEM approach. This study also aims to determine
the relationships of knowledge, interest and teaching attitude with teaching readiness among preschool
teachers. The research used a descriptive and quantitative design that involved 253 preschool teachers
selected using stratified random sampling from five districts in Sabah, namely, Sandakan, Telupid, Ranau,
Tuaran and Penampang. Data obtained from questionnaires were analyzed with IBM SPSS version 26.0
using Pearson Correlation. Findings of the study showed that the preschool teachers perceived teaching
knowledge and readiness highly but teaching interest and attitude were perceived moderately. The
relationships of knowledge, interest and teaching attitude with teaching readiness were positive and
significant but the strength of correlation differs whereby knowledge correlated highly with teaching
readiness but interest and attitude correlated poorly with teaching readiness for Early Mathematics based
on STEM approach. These findings encourage more efforts to improve teaching interest and attitude
through intervention such as provision of extrinsic compensation, implementation of continuous teacher
professionalism development program that focuses on digital media and sophisticated technology usage as
well as creation of conducive school culture. These strategic efforts are hoped to enhance knowledge,
Lisensi: Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0)
142
Mohd Ikhlas Bin Abd. Halim1, Nordin Bin Mamat2, Nor Mashitah Mohd Radzi3
SOSMANIORA (Jurnal Ilmu Sosial dan Humaniora) Vol. 3 No. 2 (2024) 142 – 152
interest and attitudes of the preschool teachers and carry out their responsibilities in realizing STEM
education to teaching Early Mathematics.
Keywords: Relationships of Knowledge, Teaching Interest, Teaching Attitude, Early Mathematics, STEM
PENDAHULUAN
Pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau ringkasnya STEM
merupakan perubahan penting dan kritikal untuk pasaran tenaga kerja di abad ke-21 yang berpaksikan
teknologi yang terus berkembang pesat (Baltsavias & Kyridis, 2020; Kartimi et al., 2021; Shidiq &
Yamtinah, 2019). Malahan, pendidikan STEM dianggap penting di peringkat prasekolah kerana peranannya
dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak (Khusnidar et al., 2022). Pendedahan
kanak-kanak prasekolah terhadap pendidikan STEM memastikan mereka dilengkapi pengetahuan tentang
konsep matematik yang akan membantu mereka menguasainya di peringkat persekolahan seterusnya
(Cerezci, 2020; Lange et al., 2019; Muhammad Nasiru et al., 2019).
Di peringkat prasekolah, kanak-kanak antara 4 dan 6 tahun didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran
matematik awal sebagai langkah persediaan sebelum ke sekolah rendah (Bjorklund et al., 2020).
Pemahaman tentang matematik meningkatkan kebolehan kanak-kanak berfikir secara logik dan
menyelesaikan masalah dalam pelbagai keadaan. Oleh itu, guru perlulah menyediakan aktiviti
pembelajaran matematik yang menyeronokkan untuk menyokong perkembangan pengetahuan dan
kemahiran kanak-kanak prasekolah dalam matematik awal (Jung et al., 2019). Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) memperuntukkan masa selama 40 minit seminggu untuk pembelajaran
Matematik Awal dalam bilik darjah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Pembelajaran Matematik
Awal ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran tentang pranombor, konsep dan nombor, operasi nombor,
nilai wang, konsep masa dan waktu, serta bentuk dan ruang. Guru prasekolah lazimnya mempunyai
persediaan yang secukupnya dari segi pengetahuan mengajar matematik kerana kelayakan akademik
minima adalah sekurang-kurangnya Diploma ataupun Sarjana Muda dalam pendidikan prasekolah. Namun,
pengajaran Matematik Awal menjadi semakin mencabar kerana guru-guru prasekolah perlu menerapkan
pendidikan STEM di peringkat prasekolah. Oleh itu, pengetahuan awal mereka mungkin tidak menyediakan
mereka secukupnya untuk mengajar Matematik Awal berasaskan pendekatan STEM.
Pendekatan STEM menggalakkan pengintegrasian dua atau lebih bidang pelajaran STEM agar
pembelajaran lebih bermakna (Khusnidar, 2019). Mengikut kurikulum PERMATA, pendidikan STEM
untuk kanak-kanak berumur 3 d (...truncated)