Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Pengajaran Sains Rumah Tangga (PKK) Di Sekolah Menengah Harian di Negeri Selangor, Malaysia

FamilyEdu, Dec 2019

Sains Rumah Tangga adalah mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) dengan kurikulum baharu yang diubah daripada Ekonomi Rumah Tangga sebagai saluran untuk melahirkan pelajar berdaya saing yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam peringkat global. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga di sekolah menengah harian di Selangor. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga di Selangor. Sampel kajian adalah seramai 59 orang guru yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan berstrata. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 22.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga. Pemberian kursus dan modul berkaitan kurikulum baru dapat meningkatkan kefahaman guru dengan membekalkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan setiap topik dalam sukatan pelajaran.

Article PDF cannot be displayed. You can download it here:

https://ejournal.upi.edu/index.php/familyedu/article/download/21558/pdf

Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Pengajaran Sains Rumah Tangga (PKK) Di Sekolah Menengah Harian di Negeri Selangor, Malaysia

Vol V No. 2 Oktober 2019 Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Pengajaran Sains Rumah Tangga (PKK) Di Sekolah Menengah Harian di Negeri Selangor, Malaysia Anis Zakaria & Norhasliza Md Piah Department of Science and Technical Education, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. * Abstrak. Sains Rumah Tangga adalah mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) dengan kurikulum baharu yang diubah daripada Ekonomi Rumah Tangga sebagai saluran untuk melahirkan pelajar berdaya saing yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam peringkat global. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman guru dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga di sekolah menengah harian di Selangor. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga di Selangor. Sampel kajian adalah seramai 59 orang guru yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan berstrata. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 22.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam pelaksanaan pengajaran Sains Rumah Tangga. Pemberian kursus dan modul berkaitan kurikulum baru dapat meningkatkan kefahaman guru dengan membekalkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan setiap topik dalam sukatan pelajaran. 1. Pengenalan Sistem pendidikan Malaysia seringkali mengalami perubahan demi perubahan bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa mengikut kesesuaian dengan perkembangan masa dan zaman. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan mengikut kepada pembangunan negara yang semakin pesat. Pertumbuhan negara yang pesat ini dapat dilihat daripada kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial. Menurut Normah (2013), memiliki rakyat yang berpengetahuan, bekerjaya, berkemahiran dan berdaya saing merupakan salah satu penyumbang utama dalam kejayaan sesebuah negara. Dasar kerajaan serta sistem pendidikan negara yang terkini banyak memberikan penekanan terhadap bidang yang melibatkan kemahiran bagi memajukan sektor ekonomi negara. Terdapat beberapa dokumen dasar utama yang telah dilancarkan bagi memperkasakan pembangunan modal insan, iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas 2016–2020, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016–2020 adalah rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 bermatlamat dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya apabila menjelang tahun 2020. Melihat kepada pencapaian pembangunan negara yang cemerlang, Wawasan 2020 yang telah sekian lama menjadi aspirasi kejayaan setiap rakyat tidak mustahil untuk direalisasikan. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 – 2020 mengandungi enam teras strategik dan enam pemacu perubahan yang akan melaksanakan usaha bagi merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020. Salah satu daripadanya adalah mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang diterajui industri bagi menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap pelajar dengan mewujudkan kerjasama dengan industri dalam melakukan latihan amali. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan beberapa inisiatif dalam mengtransformasikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta membangunkan pelan induk yang 87 lebih komprehensif bagi TVET. Salah satu inisiatif yang digariskan adalah memperuntukkan RM50 juta daripada 30 peratus dana yang terkumpul untuk kegunaan TVET bagi melaksanakan program-program strategik dalam usaha menyokong matlamat nasional, iaitu bagi meningkatkan taraf peratusan pekerja mahir di Malaysia. Kerajaan berpendapat bahawa lima lonjakan transformasi TVET amat penting dalam menuju ke arah negara maju yang berpendapatan tinggi. Bermula tahun ini sehingga tahun 2025, Malaysia berusaha melatih dan melahirkan serta meningkatkan bilangan tenaga pengajar yang terlatih dalam bidang TVET. Dengan peningkatan bilangan tenaga pengajar vokasional yang terlatih dan mahir, ia dapat menyumbangkan kepada peningkatan bilangan bagi individu lulusan TVET. Tambahan lagi, penambahan bagi bilangan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang TVET juga akan dilaksanakan dengan penambahan seramai 4000 orang dalam pelbagai bidang TVET menjelang tahun 2025. Hal ini membuktikan bahawa individu yang berperanan penting dalam pelaksanaan perubahan atau pelaksanaan sesuatu tranformasi dalam pendidikan adalah tenaga pengajar atau guru yang bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang berkebolehan. Tenaga pengajar yang terlatih dilihat kepada tahap kefahaman pengajar tersebut terhadap perubahan dalam pendidikan serta mempunyai tahap keyakinan yang baik bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bermatlamat dalam merealisasikan visi pendidikan yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu secara bersepadu dan secara holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Visi tersebut menjadi tunjang kepada semua usaha penambaikan dan perubahan dalam sistem pendidikan sejak tergubalnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1988. Usaha ini dilancarkan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 ada menekankan kepada menghayati pembelajaran sepanjang hayat serta menghasilkan graduan TVET yang berkualiti. Hal ini adalah bagi memastikan graduan TVET selaras dengan keperluan industri di luar. Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, sistem pendidikan menengah sedia ada menyediakan peluang kepada pelajar untuk memilih laluan pada pelbagai peringkat persekolahan menengah. Terdapat enam laluan yang ditawarkan, iaitu bidang akademik, teknikal, vokasional, agama, sukan, dan kesenian. Pelajar boleh memilih mengikut kepada minat dan kebolehan masing-masing. Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia kini tidak lagi diasingkan malah telah dipertingkatkan bagi mencapai Wawasan 2020 dalam melahirkan sebuah negara industri yang pesat membangun. Mata pelajaran teknikal dan vokasional ini bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir. Permintaan untuk sumber tenaga mahir akan terus meningkat pada masa akan datang berikutan dengan kekurangan sumber tenaga kerja mahir dalam industri pembuatan, pertanian dan pembinaan (Kementerian Sumber Manusia, 2008). Pendidikan vokasional adalah bertujuan untuk menyediakan murid kepada kerjaya yang memerlukan kepakaran teknikal yang khusus dan ia berbeza dengan pendidikan teknikal yang me (...truncated)


This is a preview of a remote PDF: https://ejournal.upi.edu/index.php/familyedu/article/download/21558/pdf
Article home page: https://ejournal.upi.edu/index.php/familyedu/article/view/21558/pdf

Anis Zakaria, Piah Norhasliza Md. Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Pengajaran Sains Rumah Tangga (PKK) Di Sekolah Menengah Harian di Negeri Selangor, Malaysia, FamilyEdu, 2019, pp. 87 - 95,