MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DALAM KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH DI SEKOLAH BERDASARKAN PENDEKATAN GAMBARAN VISUAL

ICoTE Proceedings, Jul 2019

Kajian ini merupakan satu tinjauan awal tentang keberkesanan gambaran visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenal huruf di sekolah prasekolah. Reka bentuk kajian ini ialah berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos. Kumpulan murid prasekolah yang terlibat diberi dua set ujian pra iaitu mengenal huruf dan ujian pasca mengenal huruf, seterusnya kumpulan murid prasekolah ini diajar topik mengenal huruf dengan strategi gambaran visual. Seramai 22 orang murid-murid prasekolah akan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati gambaran visual berkesan dan berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal dan menulis abjad A hingga Z dengan baik. Cadangan kajian daripada dapatan kajian difokuskan kepada tenaga pengajar, pendedahan pembelajaran interaktif dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan, pengalaman yang mereka miliki tentang model dan kesediaan guru-guru untuk melaksanakan pembelajaran interaktif berdasarkan visual dalam proses pengajaran mereka.

Article PDF cannot be displayed. You can download it here:

http://jurnal.untan.ac.id/index.php/icote/article/download/33888/75676581946

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DALAM KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH DI SEKOLAH BERDASARKAN PENDEKATAN GAMBARAN VISUAL

Proceedings International Conference on Teaching and Education (ICoTE) Vol. 2 (2019) ISSN : 2685-1407 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DALAM KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH DI SEKOLAH BERDASARKAN PENDEKATAN GAMBARAN VISUAL Kamalawati Dolhan, Dyg Putri Awg Mahbi, Yusop Hj. Malie Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching Sarawak Malaysia , Abstract Kajian ini merupakan satu tinjauan awal tentang keberkesanan gambaran visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenal huruf di sekolah prasekolah. Reka bentuk kajian ini ialah berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos. Kumpulan murid prasekolah yang terlibat diberi dua set ujian pra iaitu mengenal huruf dan ujian pasca mengenal huruf, seterusnya kumpulan murid prasekolah ini diajar topik mengenal huruf dengan strategi gambaran visual. Seramai 22 orang murid-murid prasekolah akan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati gambaran visual berkesan dan berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal dan menulis abjad A hingga Z dengan baik. Cadangan kajian daripada dapatan kajian difokuskan kepada tenaga pengajar, pendedahan pembelajaran interaktif dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan, pengalaman yang mereka miliki tentang model dan kesediaan guru-guru untuk melaksanakan pembelajaran interaktif berdasarkan visual dalam proses pengajaran mereka. Keywords prasekolah, pendekatan gambaran visual, kemahiran mengenal dan menulis, pengajaran dan pembelajaran 1 PENDAHULUAN Tidak dapat dinafikan peranan pendidikan sebagai penyumbang paling dominan dalam meningkatkan tahap literasi dalam kalangan penduduk. Tahap literasi atau celik huruf yang tinggi di sesebuah negara mencerminkan keberkesanan sistem pendidikan negara tersebut. Kadar buta huruf yang tinggi dalam kalangan penduduk kerap dikaitkan dengan masalah sosial seperti kemiskinan dan kemunduran justeru peningkatan kualiti literasi dalam kalangan rakyat sesebuah negara akan mencorakkan pembangunan insan yang sekaligus menyumbang kepada kemajuan ekonomi, sosial dan politik di negara tersebut. Malaysia sejak awal merdeka lagi telah berusaha untuk membasmi kadar buta huruf dalam kalangan rakyat dengan melancarkan pelbagai usaha meliputi program-program pendididkan formal dan tidak formal mencakupi peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa. Hal ini selaras dengan dasar negara yang memandang peranan pendidikan sebagai pelaburan yang menguntungkan, bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada negara. Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman (1998) telah menyatakan bahawa multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Oleh itu, keadaan ini telah memberikan kelebihan kepada multimedia dalam beberapa situasi pembelajaran berbanding bahan mono media seperti papan tulis dan kapur atau kaset audio. Dengan itu, projek ini telah diusahakan oleh pembangun untuk membangunkan sebuah perisian yang sesuai untuk diguna pakai oleh tenaga pengajar dan murid-murid tahun satu. Bagi tenaga pengajar, perisian ini digunakan sebagai bahan rujukan dan alat bantu mengajar. Manakala bagi para pelajar pula, ia dapat digunakan untuk mengulang kaji topik tertentu secara individu atau berkumpulan secara berulang-ulang kali bagi tujuan pengukuhan tanpa seliaan guru. Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di peringkat tahun satu memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanakkanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Ini kerana kebanyakan perisian yang dihasilkan oleh pengaturcaraannya komputer yang berkemungkinan besar kurang pengetahuan dalam teori-teori pendidikan. Selain itu, ianya memerlukan kepada suatu perisian multimedia tempatan yang selaras dengan keperluan kanak-kanak masa kini dan menggunakan Bahasa Melayu kerana kebanyakan perisian PBK menggunakan Bahasa Inggeris. Disebabkan hal yang demikianlah pembangun membangunkan perisian ini dalam Bahasa Melayu sahaja. Oleh itu, penggunaannya ICoTE: International Conference on Teaching and Education, 2, 2018 Page 9 perlu dipertingkatkan sebagai alat untuk berfikir, berinteraksi serta menyatakan fikiran dan perasaan. Di samping itu, penguasaan Bahasa Melayu dalam kalanganpelajar dapat membolehkan mereka berkomunikasi dengan bahasa dan tatabahasa dengan betul. 1.1 Masalah Kajian Keupayaan mengenal huruf jelasnya memang memerlukan kemahiran yang pelbagai. Faktor yang menyumbang kepada mengenal huruf seperti yang diperjelaskan secara terperinci sebelum ini dapatlah diringkaskan kepada beberapa komponen yang besar seperti keupayaan kognitif, kemampuan linguistik, motivasi dan kaedah pengajaran. Kesemua faktor yang tersebut sukar untuk diatasi kerana beberapa perkara berikut: Pengajaran dan pembelajaran mengenal huruf dalam kalanganmurid-murid tahun 1 tidak menekankan aspek pemahaman berlaku kerana bagi guru apa yang penting ialah murid-murid tahun 1 boleh membaca dengan lancar. Hakikat ini disokong oleh Sally Rings (1994) yang menyatakan bahawa pendekatan behaviorisme dalam pembelajaran mengenal huruf di sekolah adalah merupakan pedagogi yang terlalu dominan. Perspektif behavioris melihat pembelajaran mengenal huruf sebagai statik (Katherine Maria, 1990) dan sebagai satu kemahiran dalam bentuk hierarki iaitu pembelajaran mengenal huruf bermula dengan pengenalan kepada huruf kemudian bunyi, perkataan dan ayat sehinggalah kanakkanak berupaya membaca dengan lancar tetapi tidak menekankan kefahaman. Pemahaman dikatakan sebagai paras teratas dalam hierarki pembelajaran membaca dan individu tidak akan dapat mencapai peringkat ini selagi mereka tidak menguasai paras bawah. pengajaran dan pembelajaran mengenal huruf secara tradisi yang sedang berlaku di bilik darjah hari ini juga mengabaikan keupayaan membentuk gambaran visual dalam kalangankanak-kanak dan sebaliknya menekankan pembelajaran mengenal simbol dan kemahiran mengenal huruf mengikut urutan. Oleh kerana kanak-kanak tidak didedahkan dengan penggunaan strategi pembelajaran mengenal huruf secara gambaran visual ini maka hasil pembelajaran membaca di sekolah hanya mampu membaca dengan lancar dan tidak faham. Pengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu bapa, guru dan semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat membantu menghuraikan masalah berhubung tingkah laku kanakkanak yang berada dalam transisi kemahiran menulis dan membaca. Ramai dalam kalangan ibu bapa dan guru sekolah kebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-anak mereka yang sudah melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan membaca dengan baik. Bertolak dari kesedaran inilah maka penyelidik cuba meninjau apakah ciri-ciri atau aspek-aspek kelemahan yang dialami oleh pa (...truncated)


This is a preview of a remote PDF: http://jurnal.untan.ac.id/index.php/icote/article/download/33888/75676581946
Article home page: http://jurnal.untan.ac.id/index.php/icote/article/view/33888/75676581946

Dolhan Kamalawati, Mahbi Dyg Putri Awg, Malie Yusop Hj.. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DALAM KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH DI SEKOLAH BERDASARKAN PENDEKATAN GAMBARAN VISUAL, ICoTE Proceedings, 2019, pp. 9-20,