KEBERKESANAN ALAT BANTU MENGAJAR (SMART COT) DALAM ASAS PEMBUATAN PERABOT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN SATU
JOURNAL OF VOCATIONAL EDUCATION STUDIES (JOVES)
Volume 2, Number 1, 2019, pp. 23-36.
p-ISSN: 2614-7483, e-ISSN: 2614-7475, DOI: https://doi.org/10.12928/joves.v2i1.620.
Keberkesanan Alat Bantu Mengajar (SMART COT) dalam Asas
Pembuatan Perabot Sekolah Menengah Kebangsaan Harian
Pendidikan Khas Tingkatan Satu
Aziezatul Nezirah Amri1*, Mohamed Nor Azhari Azman1, Tee Tze Kiong 2, Moh
Khairudin3
1Universiti
Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Tun Hussein Onn, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
3Universitas Negeri Yogyakarta, Karangmalang, Yogyakarta, Indonesia
*Corresponding author, e-mail:
2Universiti
Abstract
Special Needs Students (MBK) in daily secondary schools have less opportunity to learn vocational
skills especially in the field of woodworking furniture manufacturing because of the inability of
students to do the work of carpentry. The purpose of this study is to develop the Smart Cot Kit as the
teaching aid (ABM) for the new subject of Furniture Manufacturing Basic which was introduced by
the Ministry of Education specifically for students with special needs in the form of Special Education
Integrational Program (PPKI) learning problem. The design of this study used the qualitative
methods via interview, observation and checklist form that have been conducted throughout the
Learning and Facilitating process (PDPC) by using the Smart Cot Kit on the syllabus of Furniture
Manufacturing Basic. This study involved nine students of PPKI as respondents of the study,
especially students in the field of wood furniture manufacturing at the national secondary school in
Selangor. All elements are evaluated based on the process of interviewing, observation and analysed
the review forms. The data is analysed by using the content analysis method. The ABM kit (Smart
Cot) can be used by the teacher in the Pdpc process for the basics of Furniture Manufacturing Basics
to special needs students in order to improve the achievement performance and mastery of the
craftsmanship of wooden furniture.
Keywords: Furniture manufacturing base and teaching aids, Special education, Wooden furniture.
PENGENALAN
Murid berkeperluan khas merupakan individu yang mengalami kecacatan, kurang
upaya atau ketidaksempurnaan mental atau fizikal. Menurut Rashid et al. (2011), kumpulan
berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istemewa (luar biasa atau tercabar
daripada segi intelek, jasmani, emosi dan sosial). Namun, murid berkeperluan khas
bukannya golongan yang tidak berupaya untuk mempelajari atau melakukan sesuatu
perkara. Jika mereka adalah golongan yang bermasalah fizikal, akal mereka masih boleh
digunakan, manakala jika mereka bermasalah dalam pembelajaran, fizikal mereka masih
lagi boleh digunakan (Daros et al., 2012). Mereka perlu dibimbing agar dapat berfungsi
sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus
kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam
masyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas iaitu ke arah kehidupan bermakna
(Ghani & Ahmad (2011). Sejajar dengan hasrat tersebut, pada tahun 2018 Kementerian
Pelajaran telah memperkenalkan tiga bidang kemahiran iaitu pertukangan, pertanian dan
masakan kepada murid berkeperluan khas disekolah menengah kebangsaan harian
bermula dengan tingkatan satu. Asas pembuatan perabot bagi tingkatan satu merupakan
satu topik utama yang merangkumi pengenalan industri perabot di Malaysia, pengurusan
bengkel, penggunaan dan penyelanggaraan alatan tangan dan mesin mudah alih,
menghasilkan produk serta sub topik yang terakhir adalah menghasilkan produk
berasaskan kayu (DSKP, 2017).
Received April 26, 2019; Revised June 3, 2019; Accepted June 25, 2019
JOVES
24
Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai terhadap murid berkeperluan khas dapat
membantu mereka menimbulkan rasa minat dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
seronok dan menarik. Oleh itu, perancangan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC)
yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik,
pengetahuan baru, kemahiran, pencetusan idea kreatif dan inovasi, pembangunan potensi
manusia yang lebih mampan serta pemyebaran maklumat yang lebih berkesan (Jantan,
2016).
Selain itu, guru juga mendapat manfaat jika mengaplikasikan proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PDPC) menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan ,pratikal,
kreatif dan berinovasi dapat menjana pelbagai maklumat yang berguna dan meningkatkan
lagi pengetahuan dalam menghasilkan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dan
menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif
didalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) didalam kelas terhadap sesuatu
topik yang diajar oleh guru (Nordin,2015).
Penggunaan ABM dalam proses PDPC menjadikan ABM Smart Cot sebagai
pemudahcara dalam menyampaikan ilmu kemahiran kepada murid berkeperluan khas
kerana mereka perlu melihat terlebih dahulu contoh yang dilakukan oleh guru. Kemudian,
murid mengulang semula apa yang telah diajar oleh guru dengan bimbingan dan
pemantauan sepenuhnya oleh guru. Kaedah ini sangat berkesan dan dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif kerana murid dapat belajar dengan menggunakan alat
sebenar yang boleh dilihat dan disentuh oleh murid. Namun, sebenarnya untuk
membangunkan sesebuah ABM, seseorang penyelidik perlu mempunyai ilmu pengetahuan
dan kesediaan yang tinggi terhadap cabaran dalam bidang kemahiran.
Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh manakah murid berkeperluan
khas mampu melibatkan diri dalam bidang kemahiran pertukangan kayu. Objektif kajian ini
adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai terhadap murid
berkeperluan khas dan membangunkan ABM Smart Cot yang selaras dengan topik Asas
Pembuatan Perabot.
KAJIAN LITERATUR
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merujuk kepada murid berkeperluan khas
yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Program ini
dibangunkan di sekolah harian biasa, menengah dan vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Ini
bermakna program pendidikan khas yang dilaksanakan di Malaysia kini boleh
dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Sekolah Pendidikan Khas (SPK), program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Inklusif, Program Pemulihan Khas dan Program
Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia.
Pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membantu Murid Berkeperluan
Khas menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan
(Nasri et al., 2010). Sebanyak 738 buah sekolah menengah arus perdana yang
melaksanakan PPKI (KPM, 2013). Oleh itu, KPM (2012) menyatakan bahawa mereka sedar
tentang kepentingan menyediakan pendidikan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas
di mana golongan ini mungkin lebih sesuai menggunakan kurikulum vokasional bagi
menyediakan golongan tersebut dengan kemahiran hidup berbanding k (...truncated)